Masya Allah !!! Gadis tidak bangun dari tidur selama 13 hari, kisahnya viral di Indonesia

BANJARMASIN: Seperti cerita dongeng Sleeping Beauty, seorang gadis dari Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia meresahkan keluarganya kerana telah tidur selama 13 hari, hingga mencetuskan persoalan tentang penyakit misteri.

Siti Raisa Miranda yang berusia 13 tahun digegaskan ke sebuah hospital tempatan pagi kelmarin setelah mendapat khidmat nasihat dari doktor pakar saraf dan psikiatri dari pusat kesihatan masyarakat setempat, lapor portal berita Kompas.

Menurut bapanya, Mulyadi, anaknya itu mula tidur tanpa henti pada 11 Oktober lalu selepas Siti Raisa selesai menyertai pertandingan olahraga di sekolahnya tetapi hanya terjaga pada 22 Oktober lalu.

Dalam keadaan itu, Siti Raisa dikatakan tertidur dalam posisi terlentang di atas tilam dan tiada pergerakan langsung mahupun bersuara.


"Sebelum ini, anak saya pernah tidur tanpa henti bermula dari tujuh atau lapan hari sehinggalah pernah hampir dua minggu.

Dalam perkembangan berkaitan, Siti Raisa dikatakan masih lagi berada keadaan lemah dan tiada perubahan ketara sejak hari itu.

Mulyadi menjangkakan kemungkinan anakya terkena sindrom Kleine-Levin iaitu masalah gangguan tidur.

"Berkomunikasi pun tiada. Paling kuat dia hanya mengangguk jika ditanya.

"Bagaimanapun, Siti Raisa dikatakan mampu untuk mengunyah dan minum ketika diberi makanan sambil matanya terpejam," ujarnya.

Menurut keluarga dan jiran-jiran yang menziarahi Siti Raisa, gadis itu terus tidur nyenyak dan sesekali berubah posisi. Dia adakalanya kelihatan seolah-olah sudah terjaga dengan mata yang terbuka namun tidak memberi respons yang aktif.

Cerita gadis tidur ini sudah tersebar luas media sosial seluruh Indonesia selepas bapanya memuat naik gambar di Facebook. Gambar-gambar tersebut telah mendapat perhatian netizen yang turut berasa simpati terhadap penyakit Siti Raisa.


"Rawatan masih lagi dijalankan, bagaimanapun doktor masih belum lagi mengenal pasti penyakit yang dialami anak saya," katanya.

Dia kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan bagi pemeriksaan lanjut.

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==