Astagfirullah Putuskan hubungan, wanita kerat kemaluan bekas kekasih



GARA-GARA marahkan kekasihnya yang memutuskan hubungan mereka, seorang wanita bertindak memotong kemaluan bekas teman lelakinya dalam kejadian di Puerto Plata, Republik Dominican. 

Wanita berkenaan dikatakan memberikan dadah kepada mangsa sehingga tidak sedarkan diri sebelum bertindak memotong kemaluannya, lapor Mirror.co.uk.

Pasangan berkenaan, Samuel Ventura Garcia, 44, dan teman wanitanya, Johanny Diaz, 28, sebelum itu dilapokan bertengkar di kediaman mereka dan memutuskan hubungan.
Berang dengan tindakan itu, Diaz meletakkan dadah dalam minuman Garcia dan memotong kemaluannya.

Suspek melarikan diri selepas kejadian namun berjaya ditahan pihak berkuasa tidak lama kemudian.

Sementara itu doktor yang merawat Garcia memaklumkan keadaannya stabil selepas menjalani pembedahan selama empat jam untuk menyambung semula kemaluannya.

Doktor menjangkakan keadaan kesihatannya akan kembali pulih seperti biasa dalam tempoh sekurang-kurangnya dua bulan.

Menurut laporan, Diaz tidak menyesal dengan tindakannya itu kerana mendakwa dia menjadi mangsa cinta paksaan Garcia.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==